Khamis, 9 Februari 2012

TERJEMAHAN AL-QURAN - SURAH KEDUA, AYAT 21 & 22

KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA
Perentah Menyembah Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Esa

  • Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang yang sebelum mu agar kamu bertakwa.
  • Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu, kerana itu, janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.