Sabtu, 14 Januari 2012

Kembara Haji 1432H



Alhamdullilah, dengan izin Allah, pada 28hb October, 2011 saya telah berangkat ke Al-Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Haji. Pada malam 10hb December 2011, saya telah selamat kembali ke tanahair yang di cintai.  Dengan hidayah & rahmat Allah serta berkat doa' sahabat2 sakelian, saya telah dapat menjalani ibadah Haji & Ummrah tanpa sebarang masalah. Mudah2an Allah merahmati saya dengan ibadah Haji & Ummrah yang mabrur. Ameen, Ameen ya Allah......
Sahabat2 yang minta saya doa'kan secara khusus untuk mereka, dan sampaikan salam kepada Rasullulah, telah juga saya sempurnakan. Kehadrat Ilahi saya mendoa'kan kesejahteraan anda kalian. Mudah2an Allah sentiasa merahmati kalian dengan limpah taufik dan hidayah Nya. Ameen, Ameen ya Allah.
Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaan-Nya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar nya melainkan Allah. Allah Yang Maha Besar, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Selawat dan kesejahteraan ke atas baginda Rasulullah S.A.W. Wahai Tuhan kami, berikanlah kami di dunia dengan kebaikan, di akhirat juga dengan kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berbakti dan taat mengerjakan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seluruh sekalian alam. Amin, Amin ya Allah........

Selasa, 10 Januari 2012

Kalau Tuhan Dikenali-Mawaddah

5 Perkara Sebelum 5 Perkara......

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
  1. Sihat sebelum sakit
  2. Muda sebelum tua
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Lapang sebelum sempit
  5. Hidup sebelum mati.
Penjelasan:
  1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
  2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
  3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
  4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
  5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.

Day of Judgement

Every soul has to taste death. It is on the Day of Judgement that you shall be paid your rewards in full. So, whoever has been kept away from the Fire and admitted to Paradise has really succeeded. The worldly life is nothing but an illusionary enjoyment.

Read more: http://islamic-quotes.com

Ahad, 8 Januari 2012

Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab - by Muhasabah on Monday, November 21, 2011 at 8:40am

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan diseksa, mereka ialah :
  1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
  2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
  3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
  4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan ALLAH tanpa riak.
 
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian ALLAH memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
 
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?" Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan ALLAH."
 
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?" Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama." Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
 
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?" Berkata yang berhaji, "Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana ALLAH." Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?" Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama." Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
 
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?" Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan ALLAH S.W.T." Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana ALLAH?" Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama." Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
 
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu." Lalu ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
 
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
ALLAH S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."
 
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."
 
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
 
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang ALLAH."
 
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
 
1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada ALLAH.
4. Tangan yang dermawan.

BERCINTA CARA ISLAM - by Uwais Al-Qarni


"Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari. Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimana Islam mengajarkan wanita yang berkeinginan bernikah, menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah. Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dan Khadijah dimulakan dengan Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad, beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Nabi Muhammad. Oleh itu Khadijah menyuarakan keinginannya melalui perantaraan Nafisah binti Manbah agar merisik Nabi Muhammad untuk dirinya. Tawaran itu disambut aik oleh Muhammad dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya, ‘Amru bin Asad. Perkahwinanpun dilaksanakan dengan selamatnya.* Begitulah yang diajarkan dalam sirah. Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk menjalankan sunnah baginda Rasulullah SAW? Cuma caranya biarlah sesuai dengan masyarakat kita. Jika kita seseorang perempuan itu sudah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan sahaja kepada ibu bapa, agar dapat menghubungi pihak keluarga si lelaki itu. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

(*Fiqih Sirah, Jilid 1. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti. Bab Perniagaan Dengan Harta Siti Khadijah Dan Perkahwinan Baginda)

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM".

Ku Mohon Restu Mu ya Allah............

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji pujian tertentu bagi Allah seru sekelian alam. Selamat sejahtera keatas Junjungan kami Nabi Muhammad S A W.
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala rahsia ku, dan perbuatan ku, maka terima lah keuzuran ku; dan Engkau Maha Mengetahui hajat ku, maka kurniakanlah permintaan ku. Engkau Maha Mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku, maka ampunilah dosa ku.
Ya Allah ya Tuhan ku, sesungguh nya aku meminta kepada Mu iman yang teguh dihatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya, sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan aku pohon keredhaan Mu dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku. Engkau lah yang menolongku didunia dan diakhirat, maka matikanlah aku didalam Islam dan sertakan lah diriku bersama orang-orang yang solih. Ya Allah ya Tuhan ku, janganlah Engkau tinggalkan aku di dunia ini dengan dosa, melainkan Engkau ampunkan. Jangan lah Engkau biarkan kesedihan di hati ku, melainkan Engkau menghilangkan nya, dan tidak ada hajat yang di minta, melainkan Engkau kurniakan; mudahkan lah segala urusan ku, lapangkan lah dada ku, terangkan lah hati ku dan sudahi lah segala amalan2 ku dengan kebaikan.
Ya Allah ya Tuhan ku, matikan lah aku dalam dalam Islam, hidupkan lah aku dalam Islam dan sertakan lah aku bersama sama orang yang solih dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana. Amin... "

Doa dalam setiap detik nafasku.....

"Ya Allah, jadikan lah setiap tarikan napas ku adalah kecintaan kepada Mu, jadikanlah motivasi ku dalam hidup ini memberi manfaat sebanyak mungkin bagi keluarga ku & umat Mu, serta jadikan lah tujuan hidup ku ini untuk memperbaiki diri ku, keluarga ku & umat Mu dalam menuju keridhaan Mu sehingga akhir hayat kami dengan khusnul khotimah & dalam pelukan Kasih SayangMu, ya Allah. Ameen, Ameen, Ameen ya Allah.... "