Selasa, 18 Disember 2012

Penyebab sulit dekat dengan Allah...

...adalah sibuknya mencari kedudukan di hati manusia

Semakin ingin dipuji,
  • Ingin diakui kemampuannya,
  • Ingin diketahui keluasan ilmunya,
  • Ingin dikagumi "kelebihan-kelebihan"nya,
  • Ingin dianggap sebagai orang yang sabar dan tabah,
  • Ingin diakui dan dihargai sebagai orang yang berjasa,
  • Dan lain-lain...
Semakin kuat keinginan kita untuk berkedudukan di hati makhluk, bererti kita tak peduli dengan kedudukan di sisi Allah.

Padahal kecukupan, kebahagiaan dan kemuliaan hanya akan ada bagi orang yang berkedudukan di sisi-Nya.

Dia-lah satu-satunya Penguasa segala kurnia, amat mudah bagi-Nya mengangkat dan memberi kedudukan di hati makhluk, namun semua itu adalah urusan-Nya bukan urusan kita.

Urusan kita adalah fokus hanya mencari ridho-Nya dari sekecil apapun yang kita lakukan.

Hasbunalloh wani'mal wakiil ni'mal maulaa wa ni'mannashiir...

BERKAT...

Ada seorang pria yang buta huruf bekerja sebagai penjaga sekolah. Sudah ± 20 tahun dia bekerja disana.

Suatu hari pengetua sekolah itu digantikan dan diterapkan peraturan baru. Semua pekerja harus bisa membaca dan menulis maka penjaga yang buta huruf itu, terpaksa tidak bisa bekerja lagi, dia di pecat dari pekerjaan nya.

Awalnya, dia tersangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan
memberitahukan isterinya.

Dia berjalan pelan2 menelusuri jalanan.

Tiba² muncullah idea untuk membuka kios di jalanan itu. Tidak disangka, usahanya sukses, dari satu kios sampai jadi beberapa kios.

Kini dia jadi seorang pengusaha yang sukses dan kaya.

Suatu hari, dia pergi ke bank untuk membuka akaun, namun karena buta huruf, dia tidak bisa mengisi borang sehingga harus dibantu kakitangan bank dalam mengisi borang pembukaan akaun nya.

Kakitangan bank berkata, : "Wah, Bapak buta huruf saja bisa punya wang sebanyak ini, apalagi kalau bisa membaca dan menulis, pasti Bapak lebih kaya lagi"

Dengan tersenyum dia berkata, : "Kalau saya bisa membaca dan menulis, saya pasti masih menjadi penjaga sekolah"

Ya benar...apa yang terlihat seperti musibah, bisa saja "BERKAT."

Di sebalik mas'alah, Pasti ada Berkat...?

Jadi sikapilah dengan SABAR & BIJAK ...

Lakukan bahagian kita secara maksimal dan biarlah TUHAN melakukan bahagian NYA... Sekalipun seolah² tiada pertolongan dan jalan keluar dalam mas'alah dan pergumulan hidup kita.

MENGALIRLAH SEPERTI AIR dan JANGAN BERONTAK MENYALAHKAN TUHAN, Karena manusia hanya mengetahui apa yang di depan mata, Tetapi TUHAN MAHA MENGETAHUI JAUH KE DEPAN TENTANG RENCANA YANG INDAH BAGI MEREKA YANG PERCAYA AKAN KASIH SAYANG DAN PERTOLONGAN-NYA.

BERKAT Tak selalu berupa emas, intan permata atau wang banyak.

Bukan pula saat kita tinggal dirumah mewah dan pergi bermobil......

Namun BERKAT adalah ....Saat kita kuat dalam keadaan putus asa....

Mampu tetap bersyukur ketika tak punya apa-apa......

Mampu tersenyum saat diremehkan...

Mampu tetap taat walau hidup teramat berat.

Menafkahkan Hartanya di Jalan Allah...

Allah SWT berfirman : "Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir,seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui". (QS. Al-Baqoroh, 2:261)

Isnin, 17 Disember 2012

Tanda rezeki itu berkat

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
 
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang

Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah

Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala

Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur
 
Artikal sumbangan dari:
http://www.islamituindah.my/tanda-rezeki-itu-...