Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dan apabila dikatakan kepada mereka "janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawap "sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan"(11); Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya(12); Dan apabila dikatakan kepada mereka "berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman", mereka menjawap "patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? "Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)(13).