Sabtu, 14 Januari 2012

Kembara Haji 1432H



Alhamdullilah, dengan izin Allah, pada 28hb October, 2011 saya telah berangkat ke Al-Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Haji. Pada malam 10hb December 2011, saya telah selamat kembali ke tanahair yang di cintai.  Dengan hidayah & rahmat Allah serta berkat doa' sahabat2 sakelian, saya telah dapat menjalani ibadah Haji & Ummrah tanpa sebarang masalah. Mudah2an Allah merahmati saya dengan ibadah Haji & Ummrah yang mabrur. Ameen, Ameen ya Allah......
Sahabat2 yang minta saya doa'kan secara khusus untuk mereka, dan sampaikan salam kepada Rasullulah, telah juga saya sempurnakan. Kehadrat Ilahi saya mendoa'kan kesejahteraan anda kalian. Mudah2an Allah sentiasa merahmati kalian dengan limpah taufik dan hidayah Nya. Ameen, Ameen ya Allah.
Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaan-Nya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar nya melainkan Allah. Allah Yang Maha Besar, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar. Selawat dan kesejahteraan ke atas baginda Rasulullah S.A.W. Wahai Tuhan kami, berikanlah kami di dunia dengan kebaikan, di akhirat juga dengan kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berbakti dan taat mengerjakan kebajikan, wahai Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seluruh sekalian alam. Amin, Amin ya Allah........

Selasa, 10 Januari 2012

Kalau Tuhan Dikenali-Mawaddah

5 Perkara Sebelum 5 Perkara......

Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
  1. Sihat sebelum sakit
  2. Muda sebelum tua
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Lapang sebelum sempit
  5. Hidup sebelum mati.
Penjelasan:
  1. Sihat sebelum sakit – Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.
  2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
  3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda menghadapNYA.
  4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
  5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan. Bila anda telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Pedoman untuk kita semua fikirkan bersama.